(VIRAL) Suami Isteri Bergaduh Baling Barang, Hempas Troli Pasar Raya Hanya ‘Content’? – “Orang Mengamuk Kau Senyum Buat “Peace’ Pulak”

LocalEntertainment
5 Jun 2025 • 11:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, tular satu video yang memaparkan pasangan dipercayai suami isteri sedang bergaduh di sebuah pasar raya dan kejadian itu disaksikan ramai pengunjung lain.

Menerusi rakaman itu, lelaki berbaju hitam dilihat memarahi wanita berkenaan berhubung barangan yang dibelinya sebelum bertindak membaling satu per satu ke atas lantai.

Wanita itu pula didengari memarahinya semula dan memintanya untuk mengutip semula produk yang telang dibaling namun tidak diendahkan.

Hei!! Awak ambil balik. Tak ada! Awak ambil balik. Saya memang nak ambil ni!!

Lelaki berkenaan yang dilihat hilang sabar kemudian menahan wanita itu daripada menarik troli yang dipenuhi barang tersebut sebelum menghempasnya ke atas lantai.

image is not available

Barangan yang mahu dibeli itu dipercayai untuk persiapan sambutan Hari Raya Aildiladha pada hujung minggu ini.

Bagaimanapun, timbul pula dakwaan bahawa insiden terbabit merupakan content yang sengajah dihasilkan oleh pihak pasar raya berkenaan.

Dakwaan itu timbul selepas seorang content creator memuat naik satu video yang memaparkan dirinya ‘kebetulan’ berada di pasar raya berkenaan ketika kejadian berlaku.

 

Boleh pula senyum tengok orang gaduh

Apa yang membuatkan orang ramai mengesyaki video itu adalah rekaan semata-mata adalah kerana reaksi content creator berkenaan yang dilihat teruja melihat pergaduhan berkenaan.

Confirm content, orang tengah mengamuk kau pergi senyum, buat peace dan rekod gambar akak tu. Orang normal kat tempat akak tu confirm lagi baran orang record malukan dia, bukannya peluk tubuh buat muka merajuk macam tu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 month ago

'Influencer' Buat 'Content' Buang Baju Dalam Sungai Melaka Dikompaun MBMB