Tular video kekecohan di Desa Tun Razak, sembilan individu ditahan polis

2 Nov 2026 • 3:05 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Anggota polis berada di lokasi kejadian pergaduhan di hadapan sebuah kafe di Desa Tun Razak, Sungai Besi.

Tular beberapa rakaman video di media sosial memaparkan kekecohan melibatkan sekumpulan individu di hadapan sebuah kafe di Desa Tun Razak, Sungai Besi, Kuala Lumpur, malam tadi.

Susulan kejadian, polis menahan sembilan individu termasuk dua suspek utama yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan berkenaan.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan perebutan kawasan perniagaan.

Menurutnya, sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) Balai Polis Sungai Besi bersama Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah Cheras serta anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras digerakkan ke lokasi sebaik menerima maklumat mengenai kejadian.

“Pihak polis berjaya menahan sembilan suspek berusia antara 16 hingga 44 tahun di sekitar lokasi kejadian dan dua suspek utama bagi kes ini turut ditahan,” katanya.

Beliau berkata, individu yang ditahan terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita, dengan sebahagian besar mereka didapati mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah serta narkotik.

View on Threads

Polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan ketika kejadian, manakala semua suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Fadil mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, IPD Cheras di talian 03-9205 0445/0465 atau balai polis berhampiran.

The post Tular video kekecohan di Desa Tun Razak, sembilan individu ditahan polis appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved