
Mana-mana orang pun yang beli barangan baru, mesti nak barang itu dalam keadaan terbaik tanpa sebarang kerosakan kan. Lagi-lagi kalau beli kereta, dah habis banyak belanja, kalau ada rosak tu mesti tak nak dengar lah.
Semalam, tular di media sosial satu video kereta mewah yang dibawa menaikki trak tunda melalui bawah satu jambatan yang rendah. Kerisauan mula timbul selepas kereta mewah itu nyaris menyentuh bawah jambatan itu. Korang boleh tengok video @annazrulan kat bawah ni.
Weh GLC 43 yang baru sudah coating by Ceramic Pro, kena sagat bawah flyover. Ggwp
Jenuh menjawab la company Ceramic Pro / Magnus Pro
pic.twitter.com/kdL9FmXtqo
— Anaz. iDevice repair
(@annazrulan) August 27, 2022
Selamat sampai
Nampak macam tak lepas kan? Ataupun mesti korang fikir, dah kena bumbung kereta tu. Tampil memberi penjelasan, pemilik sebenar kereta mewah itu telah berkongsi keadaan kereta beliau.
Sampai rumah tak calar balar pon, all is good
pic.twitter.com/aLRlViUsaj
— HOOPLAAA (@Syahmipachee) August 27, 2022
Pemilik kereta mewah dengan tweethandle @syahmipachee berkata, keretanya itu selamat sampai tanpa sebarang calar walaupun tular video keretanya melalui jambatan rendah.
No worries bang, diorang buat kerja memang tip top, tak calar pon atas tu https://t.co/nLLeH967fZ pic.twitter.com/f4zsKO3Pek
— HOOPLAAA (@Syahmipachee) August 27, 2022
Beliau turut berkongsi keadaan bumbung kereta dari jarak dekat. Memang terbukti tiada sebarang calar. Dalam tweet tersebut, beliau sempat memuji syarikat penghantar dan pemandu trak tunda yang menghantar kereta terus ke rumahnya itu kerana telah melakukan kerja dengan sangat baik.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


