
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui melakukan perbuatan tidak senonoh seperti beronani atau perbuatan mengundang kepada seksual di tempat awam boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Tular video lelaki dipercayai sedang beronani dalam KTM
Baru-baru ini tular satu video di Threads memaparkan tindakan seorang penumpang lelaki di dalam keretapi yang didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh.
Menerusi video dikongsikan oleh @jagten007, kelihatan lelaki berkenaan sedang duduk di dalam salah satu koc berhampiran pintu.
Main telefon sambil satu lagi tangan pegang alat sulit
Namun apa yang menjadi perhatian, lelaki itu dilihat sedang bermain dengan telefonnya namun sebelah lagi tangan memegang bahagian atas pehanya dipercayai alat sulit dan sedang beronani.
Menurut Jagten, insiden itu dipercayai berlaku jam 10.25 pagi pada 13 September sewaktu dia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur (KL).
Lelaki buat perkara tak senonoh turun di stesen Setia Jaya
“Saya sedang dalam perjalanan ke KL dan melihat individu ini melakukan perkara tak senonoh di dalam Keretapi Tanah Melayu (KTM).
“Selepas itu dia memakai tiket pada pergelangan tangan sebelum turut di stesen Setia Jaya,” katanya.
Jagten turut mempercayai lelaki tersebut berkemungkinan dalam perjalanan ke sebuah pusat membeli-belah untuk menyertai sebuah acara pop culture dan animasi.
Malah dia turut meminta orang ramai untuk berhati-hati dengan lelaki berkenaan serta memaklumkan dia sudah membuat laporan dan menunggu respon daripada pihak berkenaan.
KTM minta penumpang tekan butang intercom jika berlaku lagi insiden tersebut
Hantaran itu kemudiannya mendapat respon daripada pihak KTM atas tindakannya memuat naik insiden tersebut.
KTM turut menasihatkan sekiranya insiden seperti itu berlaku, para penumpang diminta untuk menekan butang intercom yang ada di dalam koc untuk memberitahu pemandu tren.
“Hi terima kasih kerana membawa perkara ini kepada pemerhatian kami. Sekiranya situasi sama berlaku lagi di masa hadapan, tolong tekan butan intercom di dalam tren untuk memberitahu pemandu atau hubungi 03 2263 1194 (Pusat Kawalan Polis Bantuan KTMB) untuk bantuan segera.”
View on Threads
Ramai kritik tindakan lelaki didakwa beronani di dalam koc KTM
Melihat di ruangan komen, video itu turut membuat orang ramai berasa kurang selesa serta mengkritik perbuatan tidak senonoh lelaki berkenaan.
Malah ada yang mempersoal mengapa pelaku begitu berani melakukan tindakan tidak senonoh di tempat awam tanpa rasa segan silu.
Ada juga yang berpendapat ini adalah sebab mengapa penting wanita mempunyai koc tersendiri bagi mengelakkan berlaku insiden tidak diingini.
Tidak kurang juga ada yang menasihatkan para wanita untuk berkunjung ke tempat yang sesak kerana bimbang jika ada yang mengambil kesempatan.
Pun begitu tidak dapat dibuktikan sama ada lelaki berkenaan benar-benar beronani atau sebaliknya.





