Polis buka kertas siasatan video lelaki sepak kanak-kanak perempuan di kedai makan

LocalFamily & Parenting
13 Sep 2026 • 2:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis buka kertas siasatan video lelaki sepak kanak-kanak perempuan di kedai makan
Rakaman video tular di media sosial.

KOTA BHARU - Polis membuka kertas siasatan berhubung satu rakaman video tular menunjukkan seorang lelaki menyepak kanak-kanak perempuan di sebuah kedai makan terkenal di Telipot, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Azmir Damiri berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada 10.24 malam tadi berhubung video itu yang tular di aplikasi Threads.

"Video menunjukkan seorang lelaki bertindak kasar dengan menyepak kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya di sebuah kedai makan.

"Polis dalam tindakan mengesan lelaki dan kanak-kanak perempuan dalam rakaman itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini

Mohd Azmir berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Inspektor Nur Faraheen Azman Lim menerusi talian 011-11136722. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved