Polis kini giat mengesan seorang lelaki selepas rakaman video yang memaparkan dia bertindak kasar terhadap seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung video berkenaan pada jam 10.24 malam tadi.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku di sebuah kedai makan di Telipot, manakala video tersebut dimuat naik oleh pemilik premis menerusi akaun Facebook miliknya.
“Sehubungan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Mohd Azmir berkata, polis masih berusaha mengesan lelaki terbabit serta kanak-kanak perempuan yang kelihatan dalam rakaman tersebut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Faraheen Azman Lim di talian 011-11136722 bagi membantu siasatan. – Berita Harian
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nahas Helikopter KKM: Bedah Siasat 5 Mangsa Selesai, Punca Kematian Didedahkan
The post Polis Kini Buru Lelaki Tendang Anak Perempuan Sampai Melambung Di Kedai Makan Di Kelantan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






