Tular Video Palsu Banjir Lumpur Di Lebuhraya Pan Borneo, JKR Keluarkan Kenyataan

23 Dec 2022 • 3:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Video banjir lumpur di Bukit Bengunan adalah palsu.

Tular Video Palsu Banjir Lumpur Di Lebuhraya Pan Borneo, JKR Keluarkan Kenyataan. Tular sebuah video yang berdurasi satu minit di media sosial baru-baru ini mengenai banjir lumpur di Lebuhraya Pan Borneo di Bukit Bengunan adalah palsu.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak serta Pemangku Ketua Polis Sri Aman ASP Mass Nur Haslinda Abdullah.

image is not available
Tular Video Palsu Banjir Lumpur Di Lebuhraya Pan Borneo, JKR Keluarkan Kenyataan

Kejadian sebenar dirakam di Terengganu

Video banjir Lumpur tersebut merupakan video palsu di mana kejadian sebenarnya adalah dirakam di Terengganu.

Hasil siasatan dan carian, pihak JKR Sarawak menyatakan bahawa kejadian tersebut tidak berlaku di mana-mana jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

Pihak JKR juga berpesan agar semua pihak di luar sana agar tidak mnyebar sebarang video atau maklumat palsu yang boleh menimbulkan kerisauan dikalangan masyarakat.

image is not available
Sumber foto: The Borneo Post

Dapatkan laporan sahih

Sebarang info terkini mengenai banjir, anda boleh mengikuti laporan terkini dari Jabatan Meteorologi Malaysia dan sumber yang sahih.

Sentiasa berwaspada dan peka dengan kawasan sekeliling anda. Semoga kita semua kekal tabah mengharungi situasi banjir ini bersama-sama.

Lagi di sini berita terkini mngenai banjir di Sarawak: