Tular Video Pelajar Disimbah Air Cili, Isteri Ketua Pesantren Di Indonesia Ditangkap

Entertainment
3 Oct 2024 • 1:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pelajar pondok pesantren di Aceh Barat didakwa disimbah air cili sehingga menangis kesakitan.

Polis telah menyoal siasat suspek yang merupakan isteri kepada ketua pondok pesantren itu, video menunjukkan seorang kanak-kanak melompat ke dalam kolah air sambil menangis menjadi tular di media sosial.

Pelajar itu menjerit memberitahu badannya terasa sakit dan pedih, seorang wanita yang difahamkan neneknya cuba menenangkan kanak-kanak itu.

image is not available

Video penuh di sini.

“Penyiasat Detektif Polis Aceh Barat telah melakukan pemeriksaan terhadap suspek berhubung video viral berhubung kes keganasan kanak-kanak di sebuah institusi pendidikan,” kata Ketua Polis Aceh Barat AKBP Andi Kirana menerusi Ketua Unit Siasatan Jenayah Iptu Fachmi Suciandy.

Fachmi berkata, kes penderaan itu berlaku pada Isnin lalu selepas mangsa didapati merokok. Ketika itu, pihak pentadbir sekolah berasrama penuh dikatakan telah pun memberi hukuman kepada mangsa.

Selepas menerima hukuman, suspek didakwa menyiram mangsa dengan air cili selepas tindakan melampau itu, keluarga mangsa kemudian melaporkan kes tersebut kepada Polis Aceh Barat pada Selasa.

Sumber: Detik

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.