Setiap kali ingin memasuki sempadan sesebuah negara pastinya terdapat pihak berkuasa seperti polis yang sedang menjaga lalu lintas ia bertujuan untuk mengelak atau mengawal kesesakan lalu lintas.
Pemandu kereta Singapura didakwa bertengkar dengan anggota polis Malaysia ketika dalam perjalanan masuk ke pintu masuk Woodlands
Terbaharu, seorang pemandu dipercayai warga Singapura dilihat bergaduh dengan seorang anggota polis trafik Malaysia ketika berada di laluan memasuki pintu masuk Woodlands (Woodlands checkpoint) ]pada 16 Ogos lalu.
Menurut Mothership yang memetik sumber, Aeric insiden itu dipercayai berlaku pada jam 12.08 pagi. Ketika insiden berlaku Aeric turut berada di kawasan berkenaan kerana tersekat dalam kesesakan lalu lintas.
Sumber memaklumkan tak pasti punca berlaku pergaduhan antara pemandu dan anggota polis berkenaan
Ujar Aeric, dia tidak pasti apakah punca yang menyebabkan pemandu lelaki kereta bernombor pendaftaran Singapura dan polis trafik tersebut bertengkar dan kelihatan tiada individu yang mengalami kecederaan daripada perselisahan faham itu.
Sewaktu ditanya adakah perselisihan faham itu berlaku disebabkan kesesakan lalu lintas, Aeric mengatakan tidak pasti kerana kesesakan itu tidak terlalu teruk namun boleh menyebabkan sedikit gangguan.
“Tidak juga kerana kesesakan lalu lintas itu tidak terlalu teruk pada ketika itu,” katanya.
Anggota polis dilihat menghayun helmet ke arah pemandu kereta
Menerusi video yang dikongsikan oleh Aeric kepada Mothership, kelihatan pemandu berkenaan dan polis itu sedang bertengkar antara satu sama lain dan berlaku tolak-menolak.
Malah turut kelihatan dalam video anggota polis terbabit dipercayai menghayun helmetnya ke arah pemandu berkenaan. Namun pemandu itu sempat mengelak.
Datang seorang lagi anggota polis cuba leraikan perselisihan faham
Tidak lama kemudian datang seorang lagi anggota polis cuba meleraikan perselisihan antara dua lelaki berkenaan.
Namun pemandu lelaki itu dilihat terus agresif serta cuba melakukan provokasi untuk bergaduh semula.
View this post on Instagram


![[VIDEO] Pemandu Singapura Didakwa Bergaduh Dengan Polis Malaysia Di Laluan Menuju Ke Woodlands](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/08/ft-polis-trafik-300x158.jpg)




