
Isnin lepas, tular satu video menunjukkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan tentang betapa pentingnya untuk pakatan ini memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dalam video yang dimuat naik oleh akaun Twitter rasmi parti DAP tersebut, korang dapat dengar Zahid turut mengingatkan pemimpin BN bahawa mereka akan turut menerima nasib yang sama seperti dirinya sekiranya gagal memenangi PRU15.
Bukan saya sahaja kena charge, Tok Mat, you are in the waiting list. Tan Sri Nicky don’t laugh, you are also included. What more Datuk Seri Saravanan? Ka Siong, they won’t forget you. You will be charged as well. Hisham, you don’t smile…
Bagi mengelakkan ini, kita wajib menang dengan dominan di dalam Pilihan Raya Umum ke-15 ini, saudara saudari.”
Zahid’s speech is a brutally frank admission that the BN leadership wanted an immediate #GE15 not for the sake of Malaysians but to save those in BN from being charged in court!
#VoteHarapan#VotePakatanHarapan pic.twitter.com/YNYbd7ts3F
— DAP Malaysia (@dapmalaysia) October 13, 2022
Ekoran penularan video ini, Presiden Umno ini telah menjelaskan di Facebook peribadinya bahawa kenyataannya ketika Perhimpunan Agung MIC tersebut telah disalah tafsir oleh pihak lawan bagi menjatuhkan imej pemimpin gabungan itu.
Menurutnya, mesej yang cuba disampaikan kepada pemimpin BN sekiranya mereka kalah ialah “pendakwaan terpilih bermotifkan politik”.
“Pendakwaan yang sengaja direka dan diada-adakan oleh musuh BN untuk menzalimi, merosakkan dan menjatuhkan imej pemimpin BN sekiranya mereka menang PRU-15 nanti.
“Seperti mana yang mereka lakukan sejurus memegang kuasa pentadbiran negara selepas menang PRU-14 pada 9 Mei 2018.
“Intipatinya adalah pendakwaan politik, pendakwaan terpilih, pendakwaan zalim yang penuh dengan muslihat serta tipu daya demi memperkukuhkan kuasa.
“Namun ianya akan menjadi suci dan selamat jika bersekongkol dan bersama dengan mereka. Jadi tidak hairanlah ada yang sanggup lompat parti untuk menyelamatkan diri agar terus suci.
“Tidak perlu saya menjelaskan sebutir-sebutir dalam perhimpunan BN kerana pimpinan, ahli BN, malah majoriti rakyat memahami mesej yang disampaikan.”
Zahid turut meminta pihak lawan untuk hentikan propaganda seperti ini kerana pihak lawan takut dengan bayang-bayang mereka sendiri.
Sebab itu lawan BN sangat membantah PRU-15 diadakan kerana menjangkakan BN akan kembali mentadbir negara dan membalas dendam.
“Seperti saya nyatakan berulang kali saya tiada sifat dendam, sentiasa memaafkan tapi tidak melupakan. “I will always forgive but i will never forget”
“Justeru, lawan BN dan rakan-rakan subahatnya sila tenang-tenang sahaja. PRU-15 adalah tentang mengembalikan hak rakyat untuk memilih.”
Ini ucapan saya pada Perhimpunan MIC yang sedang 'di spin' musuh BN. Pada minit 2.35 dengan terang dan jelas saya menegaskan tentang pendakwaan politik dan terpilih. Itulah maksud saya risiko pemimpin BN jika musuh menang PRU-15.Musuh BN akan menyalahgunakan kuasa membuat pendakwaan politik.Rakyat perlu berhati-hati dengan politik 'spin' dan memperdaya lawan BN.Itulah kaedah mereka menang PRU-14 memutar belit, mengelirukan dan menghasut rakyat.Sememangnya itulah hakikat sebenarnya menunjukkan sikap yang ada pada diri dan cara mereka sejak azali.Kekeliruan dengan mengelirukan yang akhirnya merantai dosa fitnah yang tidak pernah berkesudahan.Semoga kali ini Allah S.W.T melindungi Malaysia daripada penipuan dan pemfitnah.Kepada seluruh rakyat Malaysia bersama kita menolak politik fitnah.#PRU15#TolakPolitikFitnah#WaspadaPutarBelit#YakiniBN#DemiKestabilan#DemiKemakmuran#DemiKesejahteraan
Posted by Zahid Hamidi on Wednesday, October 12, 2022
Selain itu, Zahid turut kongsikan video selanjutnya menunjukkan beliau menyebut tentang pendakwaan politik dan terpilih.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

