
Sejak kelmarin, telah tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan sebuah kejadian di mana seorang lelaki telah dilarikan dengan cara paksa.
Dari video yang berdurasi 41 saat itu, dapat dilihat tiga orang lelaki serta seorang wanita sedang menolak mangsa dengan cara paksa ke dalam sebuah Perodua Viva berwarna putih.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di hadapan sebuah hotel di Shahab Perdana, Alor Setar, Kedah.
Seorang ditahan, empat diburu kes larikan pemudaALOR SETAR – Seorang lelaki ditahan manakala empat lagi suspek diburu berhubung kejadian seorang individu dilarikan dalam kejadian di Terminal Bas Shahab Perdana, di sini semalam.Terdahulu, satu video yang memaparkan seorang lelaki dipaksa memasuki sebuah kereta berwarna putih oleh sekumpulan individu sambil mangsa menjerit kesakitan tular sejak malam semalam.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian itu berlaku di hadapan sebuah hotel pada petang semalam.Katanya, kejadian tersebut turut dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian.“Pada kira-kira pukul 6.30 petang, bapa mangsa berusia 46 tahun menerima maklumat menyatakan anak lelakinya berusia 27 tahun dilarikan oleh beberapa individu termasuk wanita.“Berikutan itu, bapa mangsa bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik tiba di lokasi, lelaki terbabit ditunjukkan rakaman video kejadian yang dirakam orang awam di situ,” katanya di sini hari ini.Kata beliau, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu. KOSMO! ONLINE
Posted by Inforoadblock on Tuesday, April 25, 2023
Apa yang mengejutkan, tindakan empat individu berkenaan dikatakan sangat berani kerana kejadian itu dilakukan secara terang-terangan malah ada beberapa orang awam yang menjadi saksi perbuatan mereka.
Terbaharu, Utusan melaporkan Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menahan keempat-empat individu yang terlibat berhubung kes tersebut di tiga lokasi berasingan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, suspek keempat merupakan seorang lelaki berusia 43 tahun telah ditahan polis selepas bapa mangsa membuat laporan berhubung insiden yang berlaku.
“Tiga tangkapan terbaru ini melibatkan seorang wanita berusia 39 tahun serta dua lelaki berumur 42 dan 40 tahun. Kesemua mereka ditahan di Changlun, Jitra dan sekitar Alor Setar,” katanya.

Ahmad Shukri turut memberitahu bahawa, tiga daripada empat suspek yang ditahan itu didapati positif dadah jenis methamphetamine dan kesemua mereka ditahan reman selama enam hari.
Tambah Ahmad Shukri lagi, setakat ini terdapat seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan masih lagi diburu pihak polis.
“Pihak kami sedang berusaha menghubungi mangsa dalam masa terdekat. Selain itu, usaha juga dijalankan untuk memburu saki baki suspek yang masih bebas. Motif kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan,” jelasnya.
Tahniah pihak polis sebab bertindak dengan segera…
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


