Satu video tular di media sosial merakamkan suasana tegang membabitkan pergaduhan antara pasangan suami isteri di sebuah pasaraya, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi rakaman tersebut, kelihatan seorang lelaki mencampakkan barang-barang yang diambil dari dalam troli dengan nada marah, tindakan yang nyata mengejutkan dan menimbulkan rasa tidak puas hati isterinya.
“Apa benda ni semua?” soal lelaki berkenaan dengan suara tinggi.
Tidak berdiam diri, si isteri kemudian menegur perbuatan suaminya dan mendesaknya agar mengambil semula barang-barang yang telah dicampakkan.
“Hei, awak ambil balik. Tak ada! Awak ambil balik. Saya memang nak ambil ni. Hari raya dah nak dekat. Awak jangan pandai-pandai. Hei, awak ambil balik,” katanya dengan nada tegas.
Suami durjana aku memang tak boleh sungguh lelaki baran tak kene tempat !! Kau kalau ada masalah bincang kt rumah bukan kt public gini.
Lelaki gini confirm naik tangan ni percaya la pic.twitter.com/RR973Mp3hv
Difahamkan, barangan yang dibeli itu adalah untuk persiapan sambutan Aidiladha. Namun begitu, si suami tetap berkeras dan terus mencampakkan baki barangan dari dalam troli tanpa mengendahkan penjelasan isterinya.
“Apa hal kau? Tak payah! Dah, aku tak nak! Ini semua tak payah beli,” katanya lagi dalam nada yang semakin meninggi.
Keadaan menjadi semakin tegang apabila lelaki berkenaan bertindak lebih agresif dengan menterbalikkan troli berisi barangan tersebut, menyebabkan suasana kecoh di lokasi berkenaan.
Namun, terdapat dakwaan bahawa insiden berkenaan hanyalah satu bentuk kandungan yang sengaja dihasilkan oleh pihak pasaraya terbabit. Dakwaan tersebut disokong apabila tular satu lagi video yang memaparkan seorang pencipta kandungan hanya tersenyum sambil merakam kejadian tersebut.
Tiba tiba ada content creator kat situ. Macam content pic.twitter.com/WCwY0iBOIu
Walaupun ia sekadar kandungan, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati apabila melihat barangan termasuk makanan dicampakkan ke lantai tanpa rasa hormat.
The post Tular video suami campak barang, terbalikkan troli dalam pasaraya rupanya hanya content? appeared first on The Reporter.


