Tular Video Suami Didakwa Tengking & Nak Pukul Isteri Serta Anak, Tuan Badan Tampil Beri Penjelasan [Video]

18 Jun 2026 • 10:19 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Tular Video Suami Didakwa Tengking & Nak Pukul Isteri Serta Anak, Tuan Badan Tampil Beri Penjelasan [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, kecoh di laman Threads apabila seorang wanita mendakwa seorang suami telah menengking dan berkasar dengan anak beranaknya.

Dakwanya, lelaki berkenaan telah datang ke tempat kerja si isteri dan menjerit-jerit meminta isterinya balik untuk menjaga anak lelakinya walhal tahu pasangannya itu sedang bekerja.

Suami Didakwa Mahu Pukul Anak & Isteri Di Depan Kedai Makan

Wanita tersebut dalam masa sama mendakwa lelaki itu cuba untuk menaik tangan (memukul) isteri dan anaknya di tempat terbuka.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di McDonald’s Senai Airport DT.

“Tak semua lelaki layak jadi ayah dan suami. Contoh macam jantan ni. Kau bayangkan waktu isteri tengah bekerja, buat perangai jerit-jerit depan kedai suruh balik jaga anak.

“Saya saksikan segalanya sebab kebetulan kereta park betul-betul sebelah dia. Lelaki tu siap nak angkat tangan, nak pukul anak bini lagi!” dakwa pengguna Threads itu.

Image from: Tular Video Suami Didakwa Tengking & Nak Pukul Isteri Serta Anak, Tuan Badan Tampil Beri Penjelasan [Video]
Sumber: Threads

Ramai Netizen Marah Dengan Sikap Suami Yang Didakwa Baran & Tidak Bertanggungjawab

Sejak hantaran itu tular, ramai netizen meluahkan rasa berang terhadap si suami yang didakwa tidak menghormati isteri yang sedang bekerja.

Malah ramai juga tidak bersetuju dengan tindakan lelaki itu yang menimbulkan kekecohan di depan kedai McDonald’s tersebut.

Suami Jelaskan Netizen Hanya Salah Faham

Bagaimanapun, seorang lelaki dipercayai suami berkenaan telah tampil menjelaskan bahawa ramai telah salah faham tentang perkara sebenar yang berlaku semasa hari kejadian.

Malah dia juga ada meninggalkan nombor telefon buat sesiapa yang mahu menghubunginya bagi mendapatkan maklumat sebenar tentang isu tular itu.

“Assalamualaikum kepada semua yang nak tahu cerita sebenar, aku nak pergi kerja bini pula nak sambung OT (kerja lebih masa) tu yang aku marah,” katanya.

Image from: Tular Video Suami Didakwa Tengking & Nak Pukul Isteri Serta Anak, Tuan Badan Tampil Beri Penjelasan [Video]
Sumber: Threads

Isteri Dakwa Kejadian Berlaku 4 Bulan Lepas, Ada Yang Tokok Tambah Cerita

Susulan itu, seorang pengguna Threads telah bertindak menghubungi nombor telefon tertera bagi mendapatkan info sebenar mengenai kejadian yang berlaku.

Menerusi rakaman suara terbabit, seorang wanita dipercayai si isteri yang bekerja di McDonald’s itu berkata kejadian berlaku pada empat bulan lepas namun baru ditularkan baru-baru ini dengan kenyataan yang didakwa ditokok tambah.

Anak Nangis Sebab Jatuh Bukan Dimarahi Bapanya – Isteri

Jelasnya, anak lelakinya itu menangis bukan kerana dimarahi ayahnya tetapi disebabkan terjatuh atas batu-bata.

“Orang kata suami akak menengking budak tu, tapi tak. Suara suami akak memang kuat, akak dah hidup dengan dia lama. Akak tahulah cara percakapan dia macam mana,” tegasnya.

Suami Datang Hantar Anak Kepada Isteri Kerana Perlu Bekerja

Tambahnya lagi, suaminya telah datang untuk menghantar anak kerana mahu bergerak ke tempat kerja. Namun keadaan tersebut menjadi kelam kabut apabila dirinya juga terpaksa OT pada ketika itu.

“Orang yang viralkan video tu cakap, suami marah-marah akak macam nak bergaduh padahal bukan. Suami akak datang dekat tempat kerja akak masa tu, masa tidak mengizinkan. Suami akan nak masuk kerja pukul tujuh.

“Tapi akak kena OT sampai pukul tujuh, tu sebab suami kata akak kena ambil anak dulu sebab dia nak masuk kerja. Orang kata timing tak mengizinkan,” ujarnya lagi.

View on Threads

Suami Mohon Maaf, Akan Perbaiki Sikap Sendiri

Dalam perkembangan terbaharu, si suami menerusi akaun Facebook telah tampil memohon maaf dan berkata akan mengubah sikapnya yang tidak baik.

“Sekali lagi saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang terlibat dalam hidup saya Insya-Allah saya akan ubah sikap saya yang tak baik.

“Saya doakan semoga semua yang terlibat dalam hidup saya Insya-Allah diberi kebahagiaan dunia dan akhirat. Insan yang penuh dengan kekurangan,” katanya.

Lelaki Tular Akui Panas Baran Tapi Tak Pernah Pukul Isteri

Memetik Sinar Harian, Hakeem mengakui dia seorang yang panas baran namun tidak pernah memukul isterinya.

“Saya memang seorang yang baran hingga meninggikan suara, tapi itulah kadang-kadang boleh kawal, kadang-kadang tidak.

“Apa pun saya tidaklah pernah naik tangan terhadap isteri mahupun anak tunggal kami,” katanya lagi.

Malah dia menganggap perpisahan bukanlah penyelesaian kepada masalah tersebut.

“Saya tidak pernah terfikir untuk bercerai. Kami sudah lima tahun berkahwin dan saya masih sayangkan keluarga saya.

“Meruntuhkan rumah tangga orang bukan perkara yang baik dan saya tidak pernah terfikir ke arah itu.

“Saya kecewa dengan rakaman itu, tetapi apa yang berlaku saya anggap sebagai pengajaran. Baik atau buruk, saya terima dan ambil iktibar,” ujarnya.

Hubungan Baik-baik Sahaja, Urusan Jaga Anak Lebih Teratur Selepas Suami Tukar Tempat Kerja – Isteri

Menurut si isteri pula, hubungan mereka baik-baik sahaja. Selepas suaminya bertukar kerja baru di Kulai, urusan menjaga anak juga lebih teratur berbanding ketika suaminya itu bekerja sebagai pengawal keselamatan sebelum ini.

“Ada pihak kononnya mahu membuat laporan terhadap suami, saya pun tidak tahu hendak buat laporan polis pun tidak, takut nanti suami saya pula dikenakan tindakan hanya disebabkan video itu. Saya berharap individu yang memuat naik video itu dapat menurunkannya semula hantaran itu.

“Jika tidak tahu bertanyalah jangan sebarkan tanpa usul periksa. Keadaan sekarang ini sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan kami,” ujarnya.