Tular Video Tembakan Didakwa Berlaku Di Pasar Sayur Serikin, Rupa-Rupanya Berlaku Di Ecuador

27 Apr 2023 • 2:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Orang awam dinasihatkan untuk berhenti menyebar berita palsu itu

*KEMAS KINI: Laporan asal menyatakan kejadian itu berlaku di Thailand, namun kami mendapat perhatian bahawa kejadian itu berlaku di Ecuador dan BUKAN Thailand. Kami memohon maaf atas maklumat yang salah.

Tular Video Tembakan Didakwa Berlaku Di Pasar Sayur Serikin, Rupa-Rupanya Berlaku Di Ecuador. Sebuah video yang menggambarkan seorang lelaki ditembak dari jarak dekat di sebuah pasar sayur baru-baru ini tular di media sosial, dengan ramai yang menganggap kejadian itu berlaku di pasar sayur Serikin.

Namun, polis telah tampil menjelaskan bahawa kejadian itu tidak berlaku di Serikin tetapi sebenarnya di Ecuador.

image is not available
Tular Video Tembakan Didakwa Berlaku Di Pasar Sayur Serikin, Rupa-Rupanya Berlaku Di Ecuador

Kejadian berlaku di Thailand dan bukan di Serikin

Menurut laporan, perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Bau DSP Poge Nyaon. Beliau turut memohon orang awam untuk berhenti berkongsi video terbabit yang mendakwa ia berlaku di Serikin.

Dalam video berdurasi 1 minit 26 saat itu, seorang suspek lelaki dilihat menghampiri dan menembak mangsa, yang pada ketika itu sedang bercakap dengan seorang penjual nanas.

image is not available
Tangkapan layar video terbabit.

Turut kelihatan adalah pelanggan dan penjual lain di pasar terbabit, yang panik selepas mendengar beberapa tembakan pertama.

Mangsa dilihat jatuh tersungkur ke tanah manakala suspek terus menembak. Video itu berakhir dengan orang awam tampil membantu mangsa.

Lagi di sini: