Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap manusia sentiasa disarankan untuk mempunyai sifat ihsan terhadap haiwan seperti berbuat baik, menjaga kebajikan dan tidak menyakiti mereka. Namun terdapat segelintir individu yang tak bertanggungjawab bertindak mengasari haiwan seolah-olah nyawa mereka tidak berharga.
Tular wanita tendang anak kucing di R&R Risda
Baru-baru ini tular satu video di Threads memaparkan tindakan seorang wanita menendang seekor kucing berwarna putih ketika berada di sebuah kawasan Rehat dan Rawat (R&R).
Menerusi hantaran dimuat naik oleh Muhammad Daud Yusof, katanya dia telah berkunjung ke R&R Risda ketika dalam perjalanan daripada Tangkak ke Rompin.
Sewaktu sedang menunggu anaknya berada di tandas, dia telah terlihat seorang mak cik berjalan dengan laju seperti mencari tandas.
Mak cik tanya kenapa bagi makan kepada kucing, sebelum tendang anak kucing
“Sebaik selesai urusan, nak gerak ke kereta, mak cik datang tanya (kepada empat pemuda). ‘Kenapa bagi makan kucing?’ Sambil memandang ke arah empat pemuda yang sedang memberi ibu dan anak-anak kucing makan.
“Saya pun jawab ‘bagi makan lah, kucing tu lapar.’ Tidak lama lepas tu mak cik tu jalan ke arah dia orang dan tendang anak-anak kucing tu,” jelasnya.
Dakwa mak cik tendang anak kucing sejauh 3 meter
Malah dakwanya lagi, impak tendangan tersebut menyebabkan kucing malang itu tercampak sejauh tiga ke empat meter.
“Melambung ke tiga hingga empat meter kucing tu. Kesian. ‘Apa faedah bagi makan kucing? Kenapa membazir duit gaji beli makanan kucing?’ (soal mak cik),” tulisnya dalam hantaran itu.
Marah mak cik tendang kucing sebelum berlalu pergi
Kata Daud kelihatan empat pemuda itu terkedu dan senyap. Daud yang melihat insiden itu kemudiannya memarahi mak cik berkenaan.
“Suara dah naik. Mak Cik bila nampak saya marah, dia terus pergi sambil cakap ‘habis, siapa nak ganti nasi aku yang hilang?’
“Otak saya cuba berfikir persoalan dengan perbuatan tak munasabah dia. Saya pun terkedu sekejap. Sah, mak cik ni ada masalah mental. Dia terus menuju ke kereta.
“Masa tu anak saya ada dalam arah dia berjalan (menuju ke kereta). Nasib baik, dia hanya berlalu di sebelah,” ujarnya.
Tendang anak kucing berwarna putih
Dalam video dikongsikan kelihatan dengan jelas tindakan mak cik tersebut menendang anak kucing berwarna putih sehingga melambung ke tempat lain.
Bahkan turut kelihatan seekor kucing dipercayai ibunya berlari sebaik melihat anak kucing itu ditendang.
View on Threads
Ramai berang dan kecam tindakan kejam mak cik tendang anak kucing
Video dikongsikan oleh Daud itu turut menuai perhatian pengguna Threads yang rata-ratanya berang dan mengecam tindakan kejam mak cik berkenaan.
Malah ada yang meminta orang ramai untuk membuat laporan rasmi agar pelaku dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Seorang pengguna Threads dipercayai saksikan kejadian mak cik tendang anak kucing yang sama
Seorang lagi pengguna Threads, Syahirah turut berkongsi pengalamannya pertama kali melihat seekor kucing dianiaya di depan mata. Kucing tersebut dipercayai kucing yang sama ditendang oleh mak cik berkenaan.
“Weh pertama kali saya nampak depan mata kucing dianiaya. Sumpah terkedu gila. Mak cik tu tendang anak kucing depan mata saya. Salah ke bagi kucing makan?
“Saya mula-mula ingat dia marah sebab kotorkan kawasan dia ke apa. Mungkin dia tukang cuci dekat hentian ni. Saya macam okaylah lepas ni saya bersihkan. Dia tanya ‘Apa faedah bagi kucing makan’ banyak kali.
“Saya cakap dapat pahala. Dia marah terus dia tendang anak kucing ni weh. Melambung anak kucing ni. Saya speechless gila terkejut dia boleh tendang macam tu. Nasib saya tak sorang-sorang dengan kawan-kawan teman lelaki. Dia orang pun terkejut dengan tindakan mak cik tu.
“Kita orang terdia sampai tak cakap apa-apa sebab terkejut sangat. Lepas tu ada baang ni tegur ‘mak cik tak boleh buat macam ni.’
“Saya bersyukur sangat ada abang tu tegur sebab mak cik tu menendang dengan pantas sampai kita orang tak boleh proses apa yang dah jadi. Saya ingat abang tu anak mak cik tu rupanya stranger. Terima kasih bang, cakapkan bagi pihak kita orang. Saya tak pasti makcik tu ada masalah mental ke apa,” katanya dalam hantaran tersebut.
Kucing yang ditendang berada dalam keadaan baik
Kata Syahirah dia kemudian memujuk anak kucing tersebut kerana ia kelihatan terkejut. Ketika ditendang kucing itu kemudian mendarat ke tanah sebelum sambung semula untuk makan.
“Nasib dia mendarat dekat tanah bukan dekat kerusi batu dekat situ. Lepas tu anak kucing tu sambung makan. Tolong jadikan diri kita sebagai tempat selamat untuk kucing jalanan. Tak nak bagi makan tak apa jangan aniaya.”
Dalam satu lagi hantaran, Syahirah memaklumkan anak kucing itu dilihat bergerak aktif sewaktu dia berkunjung sekali lagi ke R&R berkenaan sebelum pulang ke Johor.
“Kemaskini hari ni saya singgah lagi hentian ini sebelum balik Johor. Alhamdulillah semua kucing selamat. Anak kucing yang kena tendang ni pun happy je, aktif berlari-lari dan panjat pokok. Sempat juga saya beri makan dekat mana kucing yang ada,” katanya lagi.
View on Threads
View on Threads
Berikut adalah komen netizen:
“Saya minta jasa baik dan kerjasama semua yang nampak posting ni. Kita mungkin marah, geram dan viral ke mak cik ni, tapi jika sekadar viral tanpa laporan rasmi, pelaku tetap tidaka akan dikenakan sebarang tindakan undang-undang di bawah Akta Kebajikan haiwan 2015.”

“Ni yang orang nampak, entah apa lagi dia buat dekat kucing-kucing lain.”

“Weh kesiannya kucing tu”



