Tular Wanita Dipercayai Bawa Pisau Di Festival Rain Rave, Suspek Sudah Ditahan

LocalPolitics
3 May 2026 • 3:55 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Tular Wanita Dipercayai Bawa Pisau Di Festival Rain Rave, Suspek Sudah Ditahan

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak semalam (3 Mei) tular di media sosial rakaman seorang wanita yang didakwa membawa pisau sewaktu malam penutup Rain Rave Water Music Festival 2026 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menerusi video tular, orang awam dilihat mengerumuni wanita berkenaan dan cuba merampas pisau yang dipegang olehnya. Dia kemudiannya berjaya ditahan oleh pihak keselamatan termasuk pihak polis yang bertugas di sana.

Individu dipercayai abang kandung dakwa wanita alami masalah mental

Tidak lama kemudiannya tular perkongsian seorang pengguna Reddit yang dikongsikan semula di Threads mendakwa wanita terbabit adalah adalah seorang pesakit mental.

Menerusi tangkap layar tersebut individu yang dipercayai abang kepada wanita berkenaan mendakwa wanita itu mengalami masalah mental.

Image from: Tular Wanita Dipercayai Bawa Pisau Di Festival Rain Rave, Suspek Sudah Ditahan

Wanita miliki pisau di Rain Rave sudah ditahan

Terbaharu PDRM mengesahkan wanita memiliki senjata berbahaya ketika menghadiri acara berkenaan pada Sabtu telah pun ditahan.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, wanita tempatan berusia 28 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan selepas pemeriksaan mendapati suspek membawa sebilah pisau, lapor Sinar Harian.

“Suspek kini dalam proses permohonan reman dan motif suspek memiliki senjata berkenaan masih dalam siasatan.

“Tangkapan dibuat bagi memastikan keselamatan pengunjung terjamin dan kita tidak berkompromi dengan sebarang elemen yang boleh mengancam ketenteraman awam,” kata Fadil Marsus.

Beberapa individu mencurigakan turut ditahan

Beliau dalam masa sama menganggarkan sekitar 30,000 pengunjung yang hadir pada malam penutup berkenaan.

Tambah beliau lagi, pihaknya juga telah menahan beberapa individu yang mencurigakan sepanjang program berkenaan berlangsung.

“Beberapa individu mencurigakan turut ditahan sebagai langkah pencegahan sepanjang program berkenaan,” katanya lagi.