Tulis Resume Atas Kertas Kajang, Usaha Pemuda Ini Cari Kerja Curi Perhatian Ramai

15 Sep 2026 • 10:02 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Tulis Resume Atas Kertas Kajang, Usaha Pemuda Ini Cari Kerja Curi Perhatian Ramai

Bagi sesetengah orang, mencari pekerjaan mungkin hanya memerlukan beberapa klik untuk menghantar resume kepada syarikat yang diingini.

Namun, apabila peluang yang dicari masih belum kunjung tiba, ada yang sanggup mencuba pelbagai cara untuk memastikan usaha mereka tidak berakhir begitu sahaja.

Dalam usaha mendapatkan pekerjaan, resume sering menjadi perkara pertama yang dilihat oleh bakal majikan untuk mengenali latar belakang, kemahiran dan pengalaman seseorang.

Sebab itu, ada pencari kerja yang cuba menghasilkan resume sebaik mungkin bagi menonjolkan diri dalam kalangan calon lain.

Namun, seorang pemuda ini memilih pendekatan yang cukup berbeza apabila sanggup menulis resume dengan tangan di atas kertas kajang demi mencari peluang pekerjaan.

Usahanya itu kemudiannya mencuri perhatian ramai selepas dikongsikan di media sosial.

Tulis resume atas kertas kajang

Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna Threads, @amer_ucop, mencuri perhatian ramai selepas dia berkongsi kisah seorang pemuda yang datang untuk memohon pekerjaan di kedainya.

Pemilik Ucop Gadget Mobile di Eco Majestic, Semenyih itu berkata, dia terkejut apabila pertama kali melihat seorang calon menyediakan resume menggunakan kertas kajang.

Image from: Tulis Resume Atas Kertas Kajang, Usaha Pemuda Ini Cari Kerja Curi Perhatian Ramai
Kredit: Threads @amer_ucop

“First time dalam hidup aku tengok orang buat resume pakai kertas kajang. Zaman sekarang ni kot!

“Tapi jujur cakap, aku lagi respect budak ni. Sekurang-kurangnya dia ada usaha nak buat resume walaupun cuma pakai kertas kajang,” katanya.

Menurutnya, pengalaman itu berbeza dengan sesetengah individu yang sering menghubunginya untuk bertanyakan mengenai kekosongan kerja, namun tidak dapat mengemukakan resume apabila diminta.

Image from: Tulis Resume Atas Kertas Kajang, Usaha Pemuda Ini Cari Kerja Curi Perhatian Ramai
Kredit: Threads @amer_ucop

“Tak ada resume boss.” “Tak reti buat.” “Nanti saya buat.”

Menurutnya, alasan sedemikian akhirnya sering berakhir dengan calon berkenaan tidak lagi memberikan sebarang maklum balas.

Last-last hilang.

“Apa-apa pun, aku salute budak ni. Budak Sekolah Kajang memang lain macam. Budak Kajang memang mantap,” katanya.

Baca juga:

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji usaha pemuda berkenaan yang disifatkan sebagai bukti kesungguhan dalam mencari pekerjaan.

Ada yang berpendapat, meskipun resume tersebut hanya ditulis di atas kertas kajang, perkara paling penting adalah keberanian dan usaha yang ditunjukkan untuk mendapatkan pekerjaan.

“Dia ada inisiatif. Dia boleh berfikir. Benda tak ada, dia boleh usahakan supaya ada. Bos tak pening kepala sangat kalau ambil dia bekerja. Insya-Allah dia boleh jadi staf yang baik dan kerja lama,” komen seorang netizen.

“Dia ada effort untuk tulis resume secara tulisan tangan. Cara dia approach untuk minta kerja pun nampak beretika. Wajar diberi peluang untuk bekerja dan diberi latihan asas IT,” kata seorang lagi.

“Jenis macam ni, dia buang rasa malu untuk cari rezeki. Walaupun tak tahu nak buat resume atau tak ada laptop, dia tetap berusaha untuk adakan. Semoga rezeki dia melimpah ruah atas kerajinan dia dan berjaya dunia akhirat. Amin,” komen seorang netizen.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved