Tumpahan merkuri di SMK Libaran

27 Mar 2025 • 3:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Satu insiden tumpahan bahan merkuri berlaku di Makmal Sains I, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Libaran, di sini, pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus @ Mohd Nizam Sainkui berkata anggotanya dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan menerusi MERS999 pada jam 12.31 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati tumpahan merkuri berpunca daripada termometer yang pecah di dalam makmal berkenaan. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini,” katanya dalam kenyataan.

Pasukan bomba segera mengambil tindakan nyah cemar dengan membersihkan tumpahan menggunakan serbuk sulfur bagi mengelakkan sebarang risiko bahaya kepada warga sekolah.

Setelah memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.23 petang.