Tumpang bahagia! Ramai tersenyum lihat keakraban anak Bella Astillah dengan ibu Syed Saddiq

Family & ParentingLifestyle
28 May 2026 • 12:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Video kemesraan antara anak selebriti, Bella Astillah, Ayden Adrean dengan ibu tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz nyata telah membuatkan ramai peminat terharu.

Seronok tengok Ayden bergurau dengan Sharifah Mahani

Menerusi video yang dikongsi di media sosial, dapat dilihat Ayden dan Sharifah Mahani sempat bergurau sewaktu menulis sesuatu di sekeping kertas sewaktu mereka sama-sama bercuti di Jepun.

Sebak tengok mereka begitu rapat

Momen berkenaan pastinya menuai pelbagai komen daripada netizen di media sosial apabila meluahkan rasa syukur apabila anak-anak Bella Astillah dilayan cukup baik oleh keluarga bakal suami.

Image from: Tumpang bahagia! Ramai tersenyum lihat keakraban anak Bella Astillah dengan ibu Syed Saddiq

Mereka yang ketawa kenapa kita yang gembira

Image from: Tumpang bahagia! Ramai tersenyum lihat keakraban anak Bella Astillah dengan ibu Syed Saddiq

Video dirakam oleh ibu Bella Astillah

 

Image from: Tumpang bahagia! Ramai tersenyum lihat keakraban anak Bella Astillah dengan ibu Syed Saddiq

Difahamkan, keluarga kedua-dua belah pihak termasuk ibu bapa mereka sedang menikmati percutian di Tokyo Jepun.

Momen-momen bahagia mereka juga dikongsikan di media sosial dan membuatkan para peminat tersenyum tumpang bahagia dengan keakraban mereka.

Sumber: Thread nurrazie131