Tun M Berjumpa Takuya Okada, Salah Seorang Pengasas Pusat Beli Belah Jusco

Entertainment
25 May 2024 • 1:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jenama pusat beli-belah Jaya Jusco pastinya tidak asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Kini Jusco dijenamakan semula menjadi Aeon dan masih menyediakan tempat untuk orang ramai membeli belah.

image is not available

Tahukah anda, Jusco adalah jenama dari Negara Matahari Terbit yang mula diperkenalkan di Malaysia lebih 40 tahun dahulu? Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada berkongsi pertemuan beliau dengan salah seorang pengasas pusat beli belah Jaya Jusco ketika berada di Jepun menerusi akaun X milik beliau @chedetofficial.

image is not available

Dalam ciapan itu, Tun M berkongsi pertemuan semula beliau dengan pengasas Jaya Jusco, Takuya Okada. Beliau juga turut berkongsi konsep yang dibawa Jaya Jusco di Jepun adalah sangat bagus dan berhasrat untuk memperkenalkan pusat beli-belah itu di Malaysia.

image is not available

image is not available

Pada tahun 1983, Tun M telah bertemu Okada dan Jusco telah menerima pelawaan kerajaan untuk memodelkan industri peruncitan dengan membuka pusat beli-belah pertama mereka di Malaysia yang terletak di Dayabumi.

image is not available

image is not available

Dalam kesempatan bertemu Okada itu, Tun M juga mendoakan kesejahteraan kepada warga Jepun itu yang berkongsi umur sama dengan beliau.

 

image is not available
Screenshot

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.