Tun M kini dalam proses pemulihan di IJN

LocalPolitics
20 Feb 2024 • 8:16 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih dalam proses pemulihan selepas dimasukkan ke Instititut Jantung Negara (IJN) pada 26 Jan lepas.

Hantaran di Facebook Dr Mahathir yang dikendalikan pentadbir memaklumkan bahawa bekas Ahli Parlimen Langkawi berusia 98 tahun itu sedang menjalani rawatan di IJN untuk jangkitan yang dihidapinya.

“Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menjalani rawatan di IJN, sejak 26 Jan 2024. Beliau masih lagi dalam proses pemulihan,” menurut hantaran itu.

Turut dimuatkan pada hantaran itu dua keping gambar Tun Mahathir yang dilihat sedang menulis dan membaca akhbar di atas meja. -Bernama