Lebih dua minggu selepas kehilangan isteri tercinta, Tun Dr Hasmah Mohd Ali, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat mula mengukir senyuman ketika menghadiri satu majlis tahlil buat Allahyarhamah di Yayasan Perdana beberapa hari lalu.
Menerusi hantaran pelakon Datin Paduka Umie Aida, Tun M kelihatan tersenyum ketika bertemu dengan kanak-kanak pada majlis berkenaan.
Keadaan Terkini Tun Mahathir
Dalam perkembangan berkaitan, anak sulung Tun M, Datin Paduka Marina Mahathir, memaklumkan keadaan bapanya kini semakin baik.
View this post on Instagram
Menurut Marina, Tun M kini sudah boleh bercakap, mempunyai selera untuk makan dan dilihat semakin menghampiri keadaannya seperti sebelum ini.
“Dia lebih aktif sikit dan lebih bersemangat. Kini, dia masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dan belum boleh dibenarkan pulang ke rumah lagi.”
Keluarga Mula Terima Pemergian Tun Hasmah
Marina turut berkata, keluarganya kini sudah mula menerima pemergian Allahyarham Tun Hasmah walaupun masih sukar untuk mempercayai bahawa ibunya sudah tiada.
“Kita sudah terima pemergian Allahyarham dari awal walaupun sukar pada awalnya. Lagipun, baru dua minggu. Masih susah percaya dia (Allahyarhamah) sudah tiada.”
Terdahulu, lebih 200 tetamu hadir pada majlis tahlil untuk Allahyarham Tun Hasmah di Yayasan Perdana, termasuk Tan Sri Mokhzani Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Berhenti Tunjuk Saya Gambar Tu" - Gambar Allahyarham Tun Hasmah Disunting Melampau Rakyat Indo, Ally Mukhriz Beri Amaran
The post Tun M Mula Tersenyum Selepas Kehilangan Tun Hasmah, Kesihatan Semakin Baik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






