Tun M nafi tuduhan pecah belahkan Melayu, dakwa UMNO menyeleweng punca keluar parti

LocalPolitics
7 Apr 2026 • 3:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan bahawa dirinya menjadi punca perpecahan orang Melayu, sebaliknya menegaskan tindakannya keluar daripada United Malays National Organisation (UMNO) adalah kerana parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan asal.

Dedah punca keluar UMNO

Menurut beliau dalam satu hantaran di media sosial, keputusan itu dibuat bagi menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai alternatif, selepas mendakwa UMNO kini lebih mengutamakan kekayaan berbanding kepentingan bangsa, negara dan agama.

“Memang benar saya keluar dari UMNO kerana UMNO sudah menyeleweng – berjuang untuk wang dan bukan untuk bangsa, negara dan agama.
“Saya keluar untuk tubuh parti ganti UMNO. Tetapi ramai ahli Umno pilih untuk terus dengan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perpecahan dapat dielakkan

Mengulas lanjut, Mahathir menyatakan perpecahan dalam kalangan orang Melayu mungkin dapat dielakkan sekiranya majoriti ahli UMNO menyertai Bersatu ketika parti itu ditubuhkan.

Beliau turut menekankan bahawa kekuatan orang Melayu tidak terletak pada nama parti semata-mata, sebaliknya bergantung kepada perpaduan dalam satu organisasi.

“Hari ini pun bukan parti UMNO yang memberi kekuatan kepada orang Melayu. Yang memberi kekuatan ialah perpaduan.
“Sebab itu Payung Besar ditubuh supaya semua orang Melayu berada dalam satu organisasi.
“Dan mereka mungkin menang PRU,” tambahnya.

image is not available

Untuk rekod, Mahathir pernah memimpin Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dan berjaya membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan sebelum tumbang susulan Langkah Sheraton yang membawa kepada perubahan pentadbiran negara.

Sumber: Facebook Dr Mahathir Mohamad