Tun M Selar Netanyahu Tolak Penubuhan Negara Palestin

WorldPolitics
20 Aug 2026 • 2:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Tun M Selar Netanyahu Tolak Penubuhan Negara Palestin

Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menafikan penubuhan sebuah negara Palestin.

Bekas Perdana Menteri itu menyifatkan pendirian Netanyahu sebagai tidak tahu berterima kasih, memandangkan Israel sendiri diwujudkan selepas sebahagian tanah Palestin dipisahkan bagi membentuk negara berkenaan.

“Ini adalah kenyataan yang paling tidak berterima kasih. Tiada Israel sebelum ini sehinggalah tanah Palestin dipisahkan untuk mewujudkan Israel,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut Dr Mahathir, sikap berterima kasih bukanlah sesuatu yang wujud dalam diri Netanyahu dan para penyokongnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Netanyahu dalam mesyuarat Kabinet Israel pada 9 Ogos lalu yang menegaskan bahawa negara Palestin tidak akan diwujudkan selagi beliau kekal sebagai Perdana Menteri.

Baca juga:

Ujarnya, Netanyahu dilaporkan turut menegaskan bahawa negara Palestin tidak akan ditubuhkan sama ada di Gaza mahupun Tebing Barat.

Pendirian itu dibuat ketika Israel membincangkan pelan berkaitan masa depan Gaza, termasuk cadangan damai yang dikaitkan dengan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Dalam masa sama, Netanyahu turut berkata bahawa Israel tidak akan berundur dari Gaza sehingga Hamas dilucutkan senjata.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved