Tun M sihat, namun kesunyian – Marina

LocalFamily & Parenting
29 Sep 2026 • 12:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tun M sihat, namun kesunyian – Marina

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berada dalam keadaan sihat ketika ini, namun mengalami fasa kesunyian kerana kehilangan teman hidup yang bersamanya selama kira-kira 70 tahun.

Itu antara luahan anak perempuan Tun Mahathir dan Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, Datuk Marina, mengenai status terkini negarawan itu.

Menurut beliau, bapanya masih bersedih dengan pemergian ibu, Tun Siti Hasmah, namun keadaan kesihatannya ketika ini adalah baik.

“Memang ayah sedih. Ini ‘partner’ (pasangan) dia selama 70 tahun. Dia cuma rasa kesunyian. Jadi, kami semua cuba menemani dia sebanyak yang boleh, siang dan malam,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Siti Hasmah di Pusara Negara, Presint 20, di sini, hari ini.

Marina berkata, ahli keluarga termasuk adik-beradik dan anak-anak bergilir-gilir menemani Tun M bagi memastikan beliau tidak bersendirian.

“Dia rasa sangat keseorangan sekarang. Macam mana tidak sedih, ini pasangan dia selama 70 tahun,” katanya.

Beliau berkata, kehilangan Tun Siti Hasmah turut dirasai seluruh ahli keluarga yang sebelum ini sudah terbiasa melihat dan bersama Allahyarham di rumah.

“Kami semua pun rasa rindu. Kami dah biasa selalu melihat ibu di rumah, tetapi sekarang susah nak percaya yang dia sudah tiada,” katanya.

Semalam, Tun Siti Hasmah selamat dikebumikan dengan penuh Istiadat Pengebumian Pembesar Negara di Pusara Negara kira-kira pukul 6.30 petang.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pagi semalam dikebumikan berhampiran pusara isteri bekas Perdana Menteri, Tun Endon Mahmood.

Istiadat pengebumian itu diketuai Kapten Ahmad Saufi Md. Isa dari Markas Tentera Darat selain disertai lapan pegawai daripada gabungan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. – KOSMO! ONLINE

The post Tun M sihat, namun kesunyian – Marina appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved