Tun Siti Hasmah banyak cerita tentang tuhan, alam baqa

28 Sep 2026 • 3:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tun Siti Hasmah banyak cerita tentang tuhan, alam baqa

SERI KEMBANGAN – “Beliau banyak bercerita tentang tuhan, tentang alam baqa, padang mahsyar seolah-olah beliau mengetahui akan pergi buat selama-lamanya.”

Demikian kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkongsi topik perbualan Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bersama isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis pada Isnin lalu.

Ahmad Zahid berkata, isterinya menziarahi Tun Siti Hasmah ke kediamannya di sini dan mereka bersama-sama mengimbas kenangan sewaktu menganggotai Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

“Mereka berbincang panjang, sebagai anggota Bakti mereka bernostalgia. Dan kami sekeluarga juga kehilangan Allahyarham Tun Dr. Hasmah dan kami berdoa agar keluarga beliau kuat dan beliau ditempatkan di sisi hamba-hamba yang beriman, insya-Allah.

“Di rumah ini, hari Isnin minggu lepas. Mereka anggota Bakti, mereka bernostalgia kisah-kisah lama,” katanya ketika ditemui media di kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas menziarahi jenazah Allahyarham Tun Siti Hasmah di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pemergian Allahyarham Tun Siti Hasmah merupakan kehilangan kepada negara.

“Allahyarham menjadi wanita pertama selama 22 tahun, tentu kami merasakan kehilangan yang teramat sangat. Kerana Allahyarham telah banyak menabur jasa terutamanya dalam kalangan wanita dan ahli-ahli Bakti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Tun Siti Hasmah banyak cerita tentang tuhan, alam baqa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved