Tune Talk Kini Tawar Pocket WiFi Di 140 Negara Pada Harga Serendah RM8/Sehari

TechnologyDigital
17 Oct 2023 • 5:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tidak dapat dinafikan bahawa ke mana sahaja perjalanan khususnya luar negara, pastinya pocket wifi menjadi perkara utama diperlukan. Hal ini bagi memberi bekalan internet untuk digunakan sewaktu melancong khususnya luar negara.

image is not available

Berkongsi lanjut TuneTalk kini menawarkan sewa untuk pocket wifi dengan sambungan 4G LTE pada harga serendah RM8/sehari. Ia boleh digunakan di lebih 140 negara termasuk Asia Tenggara dengan data tanpa had namun semestinya disertakan dengan kuota data berkelajuan tinggi tertentu. Ini bermakna apabila mencapai kuota tertentu kelajuan internet akan berkurang, namun dikemaskini semula secara automatik pada keesokan hari.

image is not available

Ia juga sesuai untuk mereka yang mahu berkongsi internet dengan rakan-rakan kerana boleh menyokong sehingga 8 peranti dalam satu masa. Seterusnya hayat bateri pula boleh bertahan sehingga 12 jam penggunaan. Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web rasmi dan aplikasi, yang kemudiannya boleh diambil di lapangan terbang KLIA 1 dan KLIA 2 buat masa ini.