Tune Talk Tawar Data Perayauan Percuma Di 13 Negara Untuk Pelan Terpilih

LocalTravel
6 Jul 2026 • 3:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tune Talk Tawar Data Perayauan Percuma Di 13 Negara Untuk Pelan Terpilih

Apabila seseorang melancong ke luar negara, perkara utama yang biasanya menjadi keutamaan ialah akses kepada data internet perayauan (roaming).

Image from: Tune Talk Tawar Data Perayauan Percuma Di 13 Negara Untuk Pelan Terpilih

Tune Talk kini memperkenalkan perkhidmatan E‑Roaming yang membolehkan pelanggan menggunakan perayauan data internet percuma di 13 negara terpilih iaitu Australia, Brunei, Kemboja, India, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Arab Saudi, Singapura, Thailand, Vietnam dan New Zealand. Dengan adanya perkhidmatan ini, pengguna boleh terus berhubung ketika melancong tanpa perlu risau tentang caj tambahan.

Perkhidmatan ini hanya ditawarkan untuk pelan tertentu iaitu Epik+ 50, Epik+ Family dan Epik+ Family Safe. Dalam masa yang sama, E‑Roaming sudah termasuk secara automatik dalam pelan ini tanpa caj tambahan bulanan dan tidak memerlukan pengaktifan berasingan. Oleh itu, pengguna hanya perlu memastikan tetapan “Data Roaming” di telefon dihidupkan untuk mula menggunakannya

Image from: Tune Talk Tawar Data Perayauan Percuma Di 13 Negara Untuk Pelan Terpilih

Menurut FAQ rasmi, Tune Talk tidak mengenakan sebarang caj tersembunyi untuk E‑Roaming. Namun, jika pengguna menukar atau menurunkan pelan kepada yang tidak layak, E‑Roaming ini akan dihentikan serta‑merta. Kelajuan internet pula bergantung pada rangkaian rakan kongsi di destinasi maka mungkin berbeza daripada kelajuan di Malaysia. Tune Talk juga tidak menetapkan kuota harian khusus untuk E‑Roaming. Namun, rakan kongsi rangkaian dijangka boleh mengenakan Polisi Penggunaan Adil (FUP) dan berbeza mengikut negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved