ShopeePay Kini Menawarkan Travel eSIM Untuk Perayauan Luar Negara

TechnologyTravel
11 Jun 2026 • 12:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ShopeePay Kini Menawarkan Travel eSIM Untuk Perayauan Luar Negara

ShopeePay kini menawarkan perkhidmatan Travel eSIM memudahkan perayauan internet dilakukan oleh pelanggan apabila mereka pergi keluar negara. Pada ketika ini Travel eSIM ditawarkan untuk negara CHina, Thailand, Singapura, Indonesia, Jepun, Vietnam, Korea Selatan, Macao dan Filipina.

Image from: ShopeePay Kini Menawarkan Travel eSIM Untuk Perayauan Luar Negara

Pelan yang ditawarkan ialah secara harian bermula RM3.50 dengan terdapat juga penawaran 3, 4, 5, 7, 10, 15 dan 30 hari. Pakej yang ditawarkan juga pelbagai dengan data terhad 300MB atau tanpa had. Untuk melihat semua pakej yang ditawarkan, sila ke aplikasi ShopeePay, pergi ke tetapan semua perkhidmatan dan kemudian pilih menu eSIM.

Tawaran terbaru ini merupakan tambahan terkini kepada rangkaian perkhidmatan
berkaitan pelancongan melalui aplikasi ShopeePay. Sebagai sebahagian daripada ekosistem
persediaan pelancongan yang lebih luas, ShopeePay turut menyediakan akses mudah untuk
mendapatkan insurans perjalanan, serta tempahan hotel dan tiket penerbangan.

Untuk terma dan syarat penggunaan Travel eSIM sila ke pautan di bawah

Sumber – ShopeePay