TuneTalk Perkenal Hab Hiburan Dalam Aplikasi

TechnologyDigital
21 May 2025 • 12:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TuneTalk kini menawarkan hab hiburan dalam aplikasi mereka yang menggabungkan permainan, video, dan drama untuk menjadikan komunikasi lebih menyeronokkan. Ini merupakan ciri pertama seumpamanya di Malaysia yang membolehkan pengguna menikmati hiburan terus dari aplikasi TuneTalk. 

image is not available

Untuk merealisasikan penawaran ini, TuneTalk telah bekerjasama dengan Jolibox iaitu sebuah platform permainan mini dan indie. Difahamkan bahawa mereka menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan pengalaman pengguna, termasuk dalam proses pemilihan kandungan yang lebih relevan dan menarik.

image is not available

image is not available

Dengan adanya ciri baharu ini, pengguna TuneTalk bukan sahaja dapat berkomunikasi seperti membayar bil dan mengurus akaun, tetapi juga menikmati hiburan tanpa perlu mendaftar masuk atau memuat turun aplikasi tambahan. Lebih menarik lagi, mereka boleh menonton kandungan tanpa gangguan serta memperoleh ganjaran hanya dengan menonton atau bermain.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

TuneTalk menawarkan lebih 200 pilihan drama dalam 14 genre, termasuk drama berbahasa Mandarin dan Korea. Mereka juga merancang untuk menambah pilihan drama tempatan dalam masa terdekat. Selain itu, pengguna dapat bermain lebih 200 permainan interaktif yang meliputi lebih 14 genre.

image is not available

Masa yang diluangkan untuk bermain dan berhibur turut membolehkan pengguna mengumpul mata ganjaran. Sebagai contoh, menonton 10 episod drama akan memperoleh 3 mata TuneTalk, manakala 5 episod akan memberikan 20 mata ganjaran. Mata ini boleh ditebus untuk mendapatkan permainan atau kandungan lain dalam aplikasi TuneTalk.

image is not available

Untuk meraikan pelancaran ini, TuneTalk menawarkan akses percuma selama sebulan kepada semua pelanggan. Selepas tempoh tersebut, kandungan drama dan permainan akan disediakan secara eksklusif kepada pelanggan Epik 50+ dan Epik 35+.