Tunggu Saman! Fazura Ambil Tindakan Undang-Undang Pada Individu Sebar Fitnah Dirinya Suka Hadiri ‘Private Party’

LocalEntertainment
25 Sep 2024 • 1:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Fazura dikhabarkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang menyebarkan fitnah tentang dirinya.

Menurut peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan, tindakan tegas akan diambil dan pihaknya sudah mengenal pasti individu yang membuat kenyataan fitnah itu.

Terdapat pihak yang memfitnah Fazura dengan perkara-perkara yang tidak benar, jadi kami pun memberi satu peringatan juga.

Kami telah kenal pasti pihak-pihak yang membuat kenyataan itu dan Fazura serta pengurusannya akan mengambil tindakan yang sepatutnya melalui pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan juga saman di mahkamah sivil.

image is not available

 

Banyak sangat fitnah

Kata Fakhrul, tindakan itu diambil susulan terlalu banyak fitnah yang tersebar melalui forum dan setakat ini, empat ke lima individu sudah dikenal pasti.

Tindakan itu bagi mengenal pasti pihak yang mula-mula menyebarkan fitnah termasuklah dakwaan bahawa Fazura mempunyai kehidupan rahsia dan suka menghadiri ‘private party’.

Ada macam-macam cerita. Jadi kita akan mengambil tindakan dengan keras! Kita tak akan biarkan lagi isu-isu dibangkitkan kerana benda ni telah lama dekat forum apa semua dah cerita macam-macam.

Mana-mana pihak yang telah membuat fitnah terhadap Fazura, sepanjang masa sehingga sekarang, semasa kes mahkamah ini sedang ditetapkan, tindakan undang-undang tu tetap berjalan.

image is not available

image is not available 22 hours ago

Peguam Nafi Fazura Fail Cerai Sebab Fattah Amin Curang, Netizen Sendiri Yang Tularkan Di Media Sosial