Tunjuk Jari Tengah, Amad Diallo Dakwa Ada Peminat Hina Ibunya – “Saya Hormat Orang Lain Kecuali..”

Football
30 May 2025 • 10:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila pemain bintang Manchester United iaitu Amad Diallo bertindak menunjukkan jari tengah kepada penyokong selepas kalah kepada pasukan Asean All Star.

image is not available

Enggan membiarkan dirinya dihina, Amad tampil mempertahankan diri dengan mendakwa bahawa terdapat peminatnya yang mengejek dan menghina ibunya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di aplikasi X, dia memberitahu bahawa dia tidak menyesal dengan tindakannya itu .

Saya menghormati orang lain kecuali mereka yang menghina ibu saya. Saya tidak sepatutnya beri respon sebegitu tapi saya tidak menyesal di atas tindakan saya.

image is not available

Meskipun begitu, dia mengakui bahawa dia dapat menikmati masanya di Malaysia bersama orang yang baik.

Menjengah ke ruangan komen, ada pihak yang mempertahankan tindakan Amad itu namun masih ada juga yang mempertikai dakwaan yang dikeluarkan oleh pemain bola sepak itu.

image is not available

image is not available 22 hours ago

Tunjuk Jari Tengah Pada Penyokong Setia ‘Red Devils’, Bintang Manchester United Dikecam Ramai