“Tunjuk perangai tak semenggah” – Tak Puas Hati Anak Kena Kad Merah, Bapa Nak Pukul Pengadil

Entertainment
9 Jul 2024 • 1:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam arena sukan, tak dinafikan ada segelintir individu sama ada pemain atau penonton yang bertindak di luar kawalan kerana terlalu emosi hingga boleh mengganggu kelancaran sesebuah perlawanan.

Tular sebuah video di platform X, memaparkan seorang lelaki membawa batang besi dipercayai untuk melakukan kekerasan kepada seorang pengadil kerana tidak puas hati anaknya dikenakan kad merah dalam satu perlawanan bola sepak peringkat sekolah.

Menerusi video yang dimuat naik itu, kelihatan lelaki yang dipercayai seorang bapa kepada salah seorang pemain bola dalam perlawanan itu mengambil batang besi yang berada di tepi padang sebelum menuju ke padang perlawanan.

Tindakan bapa pemain itu bagaimanapun berjaya dihalang oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas dan batang besi berkenaan juga dirampas dari tangannya.

Selepas ditenangkan anggota Rela, seorang individu yang dipercayai kakitangan pasukan bola turut dilihat datang ke arah bapa terbabit namun berlaku sedikit pertengkaran mulut.

Walau bagaimanapun, bapa berkenaan seperti tidak dapat menenangkan diri apabila dia sekali lagi mengangkat besi pada penghujung video namun anggota Rela sempat menenangkannya.

Perkongsian video itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai. Rata-rata netizen geram dengan tindakan bapa berkenaan yang dilihat terlalu mengikut emosi.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Bukan itu sahaja, sikap bapa tersebut juga dikatakan boleh menjejaskan imej sukan bola sepak.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.