”Tak sabar-sabar” – Gelagat Kucing Terlompat-lompat Nak Masuk Beg Buat Orang Ramai Tersengih

Entertainment
23 Jun 2024 • 11:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebagai pemilik kucing, kita pastinya tak jemu melihat perangai si bulu setiap hari. Kadang-kadang tu boleh jadi bahan hiburan selepas penat bekerja di siang hari. Ada sesetengah perangai kucing tu boleh buat kita geram, tapi layankan je lah. Dah nama pun sayang.

Ada satu video yang mendapat perhatian ramai di TikTok dimana seekor kucing kelihatan tidak sabar-sabar untuk masuk ke dalam beg lutsinar. Belum sempat lagi tuannya setup beg itu betul-betul, kucing tu dah sibuk nak masuk. Korang tengok lah gelagat kucing yang min cakap tu dalam video @kuchisikoceng di bawah.

Tak sabar-sabar

Eee geram betul tengok perangai kucing macam ni. Rasa nak cubit-cubit je rasa. Kita nak buat untuk dia elok-elok, dia pulak tak sabar-sabar nak masuk. Tunggu la kejap.

image is not availableBetul, biasanya kucing cukup takut atau tak suka nak masuk dalam beg macam ni. Carrier biasa tu pun biasanya tak nak masuk. Kucing ni rosak kot sebab excited terlebih nak masuk beg.

image is not availableBestnya ada kucing yang excited nak ikut kita keluar rumah. Mungkin dia sayang sangat dekat tuan dia tu, sampai kalau boleh pegi kedai pun nak ikut.

image is not availableItu yang min cakap, mungkin kucing ni rosak. Biasanya memang kucing akan menyorok dulu kalau nampak beg, sebab takut kita bawa dia pegi vet.

image is not availableInilah yang dinamakan majikan. Ada je benda tak perfect dekat dia. Padahal kita tengah buat untuk dia tu. Nasib lah yang ada majikan dirumah tu, layan je perangai dia.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.