Tunjuk Wajah Isteri Muda, Abang Tesla Bawa Kedua-Dua Isteri Tunai Umrah Bersama!

6 Sep 2023 • 9:17 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Buat pertama kalinya, TikToker penuh kontroversi, Abang Tesla atau nama sebenarnya, Mohammad Khaliltizam Yusri 28,  mendedahkan wajah isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi, 22, di media sosial.

Abang Tesla bukan sahaja memuat naik foto isteri kedua malah dalam sekeping foto yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya, dia memuat naik foto bertiga bersama isteri pertama, Nurmajdina Jamari, 28.

Menerusi hantaran berkenaan, Abang Tesla memberitahu mereka bakal berangkat ke Turki dan kemudian mengerjakan haji bersama.

“Our first trip together Turkey and Umrah,” tulisnya dalam kapsyen.

Hantaran itu mendapat perhatian pengikutnya yang pertama kali melihat wajah isteri keduanya.

“Nampak bini pertama lagi cantik pula. Seperti cantik hatinya,” komen seorang netizen

“Bila macam ni tiba-tiba bini pertama lagi lawa,” puji seorang warga maya

“I’am so happy to see this. Selagi kamu adil abaikan apa orang kata. Netizen stop kecam isteri nombor dua,” nasihat seorang warganet.

Terdahulu, nama Abang Tesla mula menjadi tular apabila dia memuat naik video isteri pertama menangis dalam pelukannya selepas solat subuh iaitu sebelum dia bernikah dengan isteri kedua. Abang Tesla mendapat kecaman kerana didakwa sengaja menjadikan ia sebagai ‘content’.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved