Tunku Azizah Catat Sejarah Sampaikan Syarahan Di Universiti Oxford

14 Nov 2025 • 9:49 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya menyampaikan syarahan di Universiti Oxford, United Kingdom, pada Khamis.

Tunku Azizah catat sejarah

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Kesultanan Pahang memaklumkan baginda membentangkan syarahan bertajuk ‘Pahang: Warisan Perlembagaan dan Maritim Melayu-Islam Yang Dilupakan’ pada jam 9.45 pagi waktu tempatan.

image is not available

Kesultanan Pahang berkata, syarahan itu memberi tumpuan kepada peranan Pahang sebagai sebuah tamadun berdaulat yang memiliki tradisi perundangan tersusun sejak ratusan tahun lalu.

Artikel lain: Sambung Pengajian, Tunku Azizah Kini Bergelar Mahasiswa UIA

Dalam syarahan tersebut, baginda menegaskan kepentingan mengembalikan kefahaman terhadap Hukum Kanun Pahang sebagai asas perlembagaan Melayu-Islam yang terawal.

“Ia bukan sekadar dokumen lama, tetapi bukti bahawa Pahang pernah berdiri sebagai sebuah kerajaan yang berilmu, berperundangan dan bercahaya,” titah baginda.

image is not available

Sesi berkenaan turut merungkai bagaimana Pahang harus dilihat bukan sekadar tinggalan nostalgia sejarah, tetapi sebagai nadi bertulis yang menjadi cerminan kedaulatan dan kecanggihan dunia Melayu-Islam dalam konteks ketamadunan global.

image is not available

Syarahan baginda di Oxford ini dianggap sebagai satu penakrifan ilmiah yang membuka ruang baharu dalam memahami warisan perlembagaan dan perundangan Melayu-Islam serta pengaruhnya terhadap perjalanan sejarah serantau.

Sumber: Facebook Kesultanan Pahang

The post Tunku Azizah Catat Sejarah Sampaikan Syarahan Di Universiti Oxford appeared first on Borak Daily.