Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa simpati, dukacita dan keprihatinan terhadap isu pertikaian tanah yang melibatkan masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Cot, Maran.
Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, baginda sentiasa mengikuti perkembangan isu berkenaan serta memahami kegusaran dan kesulitan yang sedang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut.
Advertisement![]()
Menurutnya, masyarakat Orang Asli bukan sahaja sebahagian daripada rakyat Pahang, malah sentiasa mempunyai tempat yang amat istimewa di hati baginda.
“Menerusi kajian tesis yang sedang disiapkan oleh baginda ketika ini, peranan Orang Asli adalah mustahak di dalam kemajuan negeri sejak dahulu lagi. Justeru itu, kesejahteraan dan masa depan mereka sentiasa menjadi antara perkara yang diberikan perhatian oleh baginda.”
“Demi perasaan kasih dan tanggungjawab tersebut, baginda dengan penuh ihsan mempelawa mana-mana keluarga daripada masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot yang memerlukan penempatan untuk berpindah dan tinggal di tanah milik baginda di Kuala Wau, Maran.”
“Baginda turut menegaskan bahawa masyarakat Orang Asli tidak perlu bimbang mengenai masa depan mereka. Sekiranya pada masa hadapan tanah milik baginda di Kuala Wau itu dibangunkan, baginda akan memastikan masyarakat Orang Asli yang menetap di situ akan terus mempunyai tempat tinggal dan tidak akan dipinggirkan.”
“Mereka akan terus dibela dan boleh tinggal di kawasan tersebut. Baginda juga menegaskan bahawa pelawaan ini tidak terhad kepada masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot, Maran sahaja.”
“Mana-mana masyarakat Orang Asli yang memerlukan tempat berteduh atau penempatan baharu juga dipersilakan untuk tinggal di tanah milik baginda di Kuala Wau setelah mendapat perkenan baginda dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.”
Mohamed Zahari berkata, baginda berharap pelawaan itu dapat memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga yang terkesan, selain memastikan kebajikan masyarakat Orang Asli terus terbela tanpa mengira latar belakang atau keadaan mereka.
View this post on Instagram
Dalam masa sama, baginda turut menyeru semua pihak yang terlibat supaya mengutamakan semangat permuafakatan dan menyelesaikan pertikaian tersebut secara berhemah.
“Pada masa sama, baginda menyeru agar semua pihak yang terlibat mengutamakan semangat permuafakatan, saling menghormati dan berunding dengan penuh hikmah dalam mencari jalan penyelesaian yang adil, berhemah serta memelihara kepentingan semua pihak.”
“Baginda turut berharap agar segala usaha yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak-pihak berkaitan dapat menghasilkan penyelesaian yang terbaik demi kesejahteraan masyarakat Orang Asli.”
Pelawaan tersebut mencerminkan keprihatinan baginda terhadap kebajikan serta masa depan masyarakat Orang Asli, khususnya mereka yang memerlukan tempat tinggal atau penempatan baharu. – HARIAN METRO
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zizie Izette Dilepas dan Dibebaskan Daripada Tiga Pertuduhan Subahat Rasuah RM2.8 Juta
The post Tunku Azizah ‘Jemput’ Masyarakat Orang Asli Tinggal Di Tanah Milik Baginda Di Maran first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






