Tunku Mahkota Ismail terima menghadap pemilik bersama Chelsea

LocalFootball
9 Aug 2026 • 2:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tunku Mahkota Ismail terima menghadap pemilik bersama Chelsea

ISKANDAR PUTERI – Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap pemilik bersama Chelsea FC, Behdad Eghbali hari ini.

Pertemuan empat mata itu dilakukan menjelang pertembungan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dengan skuad Harimau Selatan malam ini.

Perlawanan tersebut berlangsung pukul 8 malam ini sekali gus mencuri perhatian menjelang aksi persahabatan berprofil tinggi antara Harimau Selatan dan Chelsea yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Kehadiran Eghbali ke Johor dilihat mencerminkan hubungan serta kerjasama erat antara kedua-dua kelab, selain memberi suntikan prestij kepada perlawanan yang dinanti-nantikan peminat bola sepak tanah air.

Aksi malam ini pastinya menjadi tumpuan apabila JDT bakal menguji kemampuan menentang Chelsea, yang mempunyai reputasi sebagai antara kelab ternama dunia dan pernah menjulang pelbagai kejuaraan di pentas domestik serta Eropah.

Stadium Sultan Ibrahim dijangka bergema dengan sorakan penyokong apabila skuad kendalian JDT turun berdepan cabaran Chelsea dalam perlawanan yang bukan sahaja menjadi medan menguji kekuatan pasukan, malah peluang berharga untuk pemain Harimau Selatan menimba pengalaman menentang kelab bertaraf dunia.

Pertemuan JDT dan Chelsea itu turut menjadi satu lagi detik penting dalam usaha memperkukuh kedudukan Johor sebagai antara destinasi bola sepak berprofil tinggi di rantau ini, selain meningkatkan lagi hubungan antarabangsa menerusi sukan.-KOSMO! ONLINE

The post Tunku Mahkota Ismail terima menghadap pemilik bersama Chelsea appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved