Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di Melaka

LocalPolitics
5 Jun 2026 • 12:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di Melaka
Rais (tengah) memaklumkan perkara tersebut kepada pemberita sebaik dilihat tergesa-gesa mahu menaiki kenderaan meninggalkan kediaman Tunku Besar Tampin.

TAMPIN - [DIKEMAS KINI] Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar yang sepatutnya menghadiri satu majlis rasmi di Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin, di sini pada Jumaat dipercayai telah dihalang polis daripada meninggalkan sebuah hotel di Melaka.

Tokoh Budaya dan Adat Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim memaklumkan perkara tersebut kepada pemberita sebaik dilihat tergesa-gesa mahu menaiki kenderaan meninggalkan kediaman Tunku Besar Tampin.

Beliau mendakwa, tindakan tersebut dipercayai bagi menghalang kehadirannya ke majlis rasmi berkenaan.

"Tunku berada di hotel itu dan nak ke mari (Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin), tapi dihalang.

"Beliau juga katanya nak dibawa ke Kuala Lumpur. Seseorang itu ada hak peribadinya di bawah undang-undang. Jangan dipaksa dan jangan dikenakan apa-apa sekatan seolah-olah dalam istilah undang-undangnya 'false imprisonment'," katanya.

Bagaimanapun sehingga kini polis masih belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Sinar Harian cuba menghubungi Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad untuk mendapatkan maklumat, namun tidak berhasil.

Sementara itu di MELAKA, Undang Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad, berang selepas dihalang daripada menemui Tunku Nadzaruddin di sebuah hotel, di sini.

Beliau yang dilihat diiring Alzafny ke lobi hotel dalam keadaan tidak berpuas hati  turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa berkenaan