Tuntutan palsu: Pemilik syarikat percetakan direman

11 Jan 2023 • 11:54 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek lelaki berusia 53 tahun ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.

JOHOR BAHRU - Seorang pemilik syarikat percetakan direman selama tujuh hari bermula pada Rabu selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000, dua tahun lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret, Norkhalida Farhana Abu Bakar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Sebelum itu, suspek lelaki berusia 53 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru, pada kira-kira jam 5 petang Selasa selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada 2021 suspek telah mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah sekolah menengah di sebuah daerah di negeri ini berkaitan pembekalan cetakan modul pembelajaran untuk kegunaan pelajar-pelajarnya, sedangkan pembekalan tersebut tidak dilaksanakan.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved