Turun Dari Pesawat, Chris Martin Terus Sujud Cium Tanah Tiba Di Malaysia

Music
22 Nov 2023 • 7:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Vokalis band dari Britain, Coldplay iaitu Chris Martin dipercayai telah sujud sewaktu sampai ke Malaysia malam semalam bersempena konsert yang bakal berlangsung pada 22 November 2023.

image is not available

Cium tanah ketika sampai Malaysia

Perkara tersebut dikongsikan satu akaun TikTok dikenali sebagai myjienaaaa apabila memuat naik momen para ahli dari band tersebut bersama pengiring mereka yang baru tiba di Kuala Lumpur.

@myjienaaaa

Helloooooo Chris Martin . Welcome to Malaysia . Diehard fan but very behave . See ya tonite Coldplay. Pleaseeeeeeee just FIX ME. Im gonna go YELLOW tonite! Cause you’re a SKY FULL OF STARS. I’m gonna give you MY HEART . #fyp #fypシ #foryoupage #coldplayconcert #coldplaymalaysia #viralmalaysia #coldplayinmalaysia #diehardfan #love

♬ Yellow – Coldplay

Chris Martin buat perkara sama di Indonesia

Tindakan tersebut pastinya membuatkan para peminat band berkenaan semakin tidak sabar untuk menonton aksi mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil memandangkan sejak awal pagi sudah ada yang beratur di perkarangan vanue.

Difahamkan, reaksi Chris itu turut dilakukan sewaktu di lapangan terbang ketika mahu bergerak pulang usai membuat persembahan di Indonesia tempoh hari.

@yog_bara

Momen Chris Martin Vokalis Coldplay Tinggalkan Indonesia, Cium Tanah di Bandara Halim #coldplay #chrismartin #fypシ #laguvirall #fyp #video #musicviral

♬ suara asli – Yog_Bara – Yog_Bara

Konsert Music of the Spheres World Tour bersempena siri jelajah band berkenaan nampaknya mendapat sambutan luar biasa daripada peminat walaupun banyak pihak yang menggesa agar konsert terbabit dibatalkan.

Walau bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan yang ‘suis pemati’ akan digunakan dalam konsert terbabit jika ada melanggar garis panduan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak dingini berlaku.

Sumber: TikTok myjienaaaa