Vokalis Coldplay sujud, cium tanah sebaik tiba di Malaysia

Music
22 Nov 2023 • 7:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video tular yang memaparkan vokalis Coldplay, Chris Martin mencium tanah usai tiba di Malaysia tular di media sosial.

image is not available
Coldplay akan mengadakan konsert malam ini.

VOKALIS kumpulan Coldplay, Chris Martin dilihat bersujud sebaik menjejakkan kaki ke Malaysia.

Aksi yang dikongsikan pengendali akaun @myjienaaaa awal pagi tadi telah tular dan menarik perhatian ramai.

"Chris Martin sampai Malaysia dah! Siap sujud cium Tanah Malaysia.

"Lelaki ini sangat wow!!! Jumpa malam ini Coldplay. Tolong berkelakuan sopan seperti kami," tulisnya.

Menerusi video yang berdurasi 25 saat tersebut, penyanyi berusia 46 tahun itu dilihat terus bersujud dan mencium tanah sebaik turun daripada tangga pesawat.

Bagaimanapun, peminat setia penyanyi itu menyifatkan tindakan Martin itu bukanlah sesuatu yang di luar kebiasaan.

Menurut laporan media di Indonesia, Martin pernah melakukan perkara serupa sebelum meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, Jakarta.

Rata-rata peminat setia penyanyi itu meluahkan rasa teruja untuk menyaksikan persembahan Coldplay di Stadium Bukit Jalil malam ini.