
Twitch, platform penstriman siaran langsung yang terkemuka baru-baru ini telah membuat satu pengumuman yang telah mengejutkan ramai pengguna dan penggemar platform tersebut, dimana siaran-siaran tersebut akan digunakan untuk melatih model AI generatif milik Amazon.
Jika anda tidak tahu, platform penstriman Twitch telah diambil-alih oleh Amazon pada suku ketiga tahun 2014, dua belas tahun yang lalu. Platform tersebut dilihat telah melalui liku-liku yang cukup sukar sebagai sebuah perniagaan, tetapi dengan pengumuman ini, ia merupakan sesuatu yang mereka sendiri sedar ialah sebuah keputusan yang langsung tidak popular diantara penggunanya.
Twitch’s Chief Product Officer responds to community criticism over AI training update
byu/digitalpizza5 inLivestreamFail
Isu yang terkandung dengan pengumuman ini ialah bahawa penggunaan kandungan penstriman Twitch untuk melatih AI generatif Amazon telah ditetapkan sebagai “opt-in” secara lalai. Twitch sedar bahawa keputusan ini akan menyebabkan ramai pengguna menzahirkan rasa tidak puas hati, dan telah memberitahu pengguna cara bagaimana mereka boleh menghalang Twitch dan Amazon daripada menggunakan kandungan mereka untuk tujuan tersebut.
Pihak Twitch juga telah mengadakan sesi penstriman yang bercakap mengenai perkara ini, yang dihadiri oleh Ketua Komuniti Twitch, Mary Kish dan Ketua Pegawai Produk Mike Minton yang menjawab pertanyaan pengguna tentang mengapa keputusan untuk melatih AI generatif menggunakan kandungan ini dibuat, dan mengapa pilihan “opt-in” dipilih secara lalai.

Menariknya, jawapan yang diberikan oleh Mike Minton adalah sekiranya pilihan latihan tersebut tidak diaktifkan secara lalai, tiada siapa yang menggunakan Twitch akan mengaktifkannya untuk diri mereka sendiri. Didalam siaran tersebut, mereka juga telah menunjukkan langkah bagaimana anda boleh menukar tetapan menggunakan kandungan anda untuk melatih AI generatif:
- Masuk tetapan akaun dengan mengetik avatar di penjuru laman web Twitch
- Masuk ke menu Settings dan kemudiannya Security and Privacy
- Tatal ke bawah sehingga anda menemui tetapan Training For Generative AI
- Nyahtanda pilihan tersebut
Sumber: Twitch




