Twitch Memperkenalkan Ciri “Video Stories” – Bersaing Dengan Platform Lain Seperti Instagram Dan TikTok

TechnologyDigital
17 Aug 2024 • 9:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Twitch kini menambah sokongan pada perkongsian berformat “Stories” pada platform mereka, membolehkan pengguna menambah video pendek sehingga 60 saat pada perkongsian, dinamakan Video Stories. Kemaskini baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia melalui aplikasi mudah-alih Twitch.

image is not available

Dengan langkah ini, ia membolehkan seseorang pemilik akaun Twitch untuk terus berkongsi perkembangan dengan para rakan-rakan dan pengikut mereka, disamping berinteraksi melalui pertanyaan soalan, bancian, dan sebagainya. Ia turut memudahkan pengguna berkongsi klip dari penstriman, selain mempromosikan acara penstriman akan datang yang bakal dilakukan.

Ini sekaligus memperluaskan lagi penggunaan ciri berkenaan pada platform tersebut yang terhad pada teks dan gambar sahaja sebelum ini. Ia juga selari dengan permintaan pengguna, terutamanya yang sudah selesa di Instagram atau TikTok pada hari ini.