Twitter Akan Menambah Ciri Lampirkan Teks Panjang Pada Tweet

TechnologyDigital
6 Nov 2022 • 11:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk kini mengumumkan perkhidmatan media sosial Twitter kelak akan menambah ciri melampirkan teks panjang pada sesuatu tweet.

Dengan langkah ini, Elon Musk ingin mengatasi masalah pengguna perlu menambah rakaman skrin pada sesuatu Tweet apabila ingin berkongsi teks yang panjang. Disamping itu, Elon Musk turut mengatakan mereka akan menambah-baik ciri carian pada perkhidmatan Twitter.

Sebelum ini, Twitter sedia memperkenalkan ciri perkongsian artikel panjang, tetapi ia masih belum dibuka kepada semua pengguna.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan ciri baharu pada Twitter ini tidak lama lagi.