Twitter Mengharamkan Perkongsian Pautan Dan Nama Pengguna Ke Platform Sosial Lain

TechnologyDigital
19 Dec 2022 • 10:01 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Twitter kini memperkenalkan polisi perkhidmatan baharu, sekaligus mengharamkan perkongsian pautan atau nama pengguna ke platform sosial yang lain.

Buat masa ini, Twitter mengharamkan perkongsian pautan ke platform seperti Facebook, Instagram, Mastodon, Truth Social, Tribel, Post dan juga Nostr. Disamping itu, Twitter turut mengharamkan perkongsian pautan ke platform pihak ketiga seperti linktr.ee atau lnk.bio.

Twitter mengatakan ramai pengguna mereka aktif pada platform sosial yang lain, tetapi kini mereka tidak lagi membenarkan promosi percuma ke beberapa platform sosial yang lain di Twitter.

Perkongsian kandungan diantara kedua platform dibenarkan, tetapi perkongsian seperti “ikuti saya di @amanzmy di Instagram” dan sebagainya tidak dibenarkan.