Twitter Mula Buang Tanda ‘Blue Ticks’

21 Apr 2023 • 6:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

LONDON - Twitter telah pun mula membuang tanda pengesahan biru atau blue ticks dalam usaha platform media sosial itu untuk menggalakkan lebih ramai pengguna mendaftar perkhidmatan Twitter Blue, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Tanda Blue ticks mula dikeluarkan pada 20 April dan untuk mendapatkan semula tanda itu pengguna perlu mendaftar perkhidmatan Twitter Blue dengan yuran bulanan sebanyak £8 untuk pengguna di United Kingdom.

Beberapa akaun utama yang sudah tiada tanda biru termasuk akaun pemain bola sepak Cristiano Ronaldo, pemain kriket Virat Kohli dan bekas presiden Donald Trump serta laman Twitter rasmi Pope. - Bernama-dpa

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved