Dapat tanda biru percuma di Twitter? Elon akan buangnya dari akaun anda hujung bulan ini

Digital
12 Apr 2023 • 12:35 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Elon Musk nampaknya mahu keluarkan tanda pengesahan biru percuma dari pengguna Twitter pada akhir bulan April ini. Perkara tersebut dinyatakn Elon melalui Twitternya dengan meletakkan tarikh akhir adalah 20 April 2023.

Tapi tidak pasti sama ada perkara tersebut akan dilakukan atau tidak, sebab sebelum ini Twitter ada umumkan bahawa 1 April adalah tarikh mereka mula mengeluarkan tanda pengesahan biru percuma daripada akaun pengguna. Tapi nampaknya tindakan tersebut tidak dilakukan secara meluas sehingga kini.

Sekiranya perkara ini dilakukan, ini bermaksud semua akaun pemengaruh di Twitter yang telah terima tanda biru percuma sebelum ini perlu melanggan Twitter Blue untuk kekalkan tanda tersebut. Di Malaysia, anda boleh langgan Twitter Blue pada harga serendah RM35.00 sebulan atau RM369.00 setahun.

Selain dapat tanda biru, ciri istimewa lain yang akan diberikan pada pelanggan ialah iklan Twitter pada profil akan dikurangkan separuh, dibenarkan memuat naik video yang lebih panjang dengan kualiti 1080p, menikmati ciri Edit Tweet dan banyak lagi. Malah lebih eksklusif, bermula 15 April 2023, hanya akaun Twitter Blue sahaja layak berada dalam bahagian For You di Twitter.

Jika anda sudah lama miliki tanda pengesahan biru percuma di akaun Twitter, adakah anda nak bayar untuk kekalkan tanda tersebut? Bagi saya, untuk akaun yang mahukan pengikut baru yang ramai setiap masa, tanda biru tersebut perlu didapatkan supaya anda lebih mudah ditemui pengguna lain di bahagian For You.

[Sumber: Variety, Elon Musk]