U Mobile capai 90 peratus liputan 5G

LocalTechnology
6 Oct 2026 • 5:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: U Mobile capai 90 peratus liputan 5G

PETALING JAYA – U Mobile mencapai 90 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk (CoPA) di seluruh negara, sembilan bulan lebih awal daripada sasaran asal iaitu pada Julai 2027.

Ia menjadi pencapaian penting dalam pelaksanaan rangkaian ULTRA5G U Mobile di seluruh negara, sambil memperlihatkan perkembangan pantas rangkaian berkenaan sejak pelaksanaannya bermula.

U Mobile mula melancarkan rangkaian 5G pada Julai 2025 dengan dua sasaran utama iaitu mencapai 80 peratus CoPA dalam tempoh 12 bulan pertama pelaksanaan, diikuti 90 peratus CoPA menjelang Julai 2027.

Dengan pencapaian kedua-dua sasaran itu lebih awal daripada jadual, U Mobile telah memenuhi komitmen liputan nasional yang menjadi asas kepada peranannya dalam Model Rangkaian 5G Berkembar Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wong Heang Tuck berkata, pencapaian itu mencerminkan keazaman seluruh pasukan U Mobile serta kerjasama kerajaan, pengawal selia, rakan teknologi dan infrastruktur.

“Kami membuat komitmen untuk membina rangkaian 5G nasional dengan kelajuan dan skala, dan hari ini kami berbangga kerana telah menunaikan janji itu lebih awal daripada jadual,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pencapaian itu bukan sekadar mengenai mencapai sasaran liputan, tetapi tentang membawa kesalinghubungan digital berkualiti lebih dekat kepada rakyat Malaysia.

Katanya, rangkaian berkenaan menyediakan asas lebih kukuh untuk masyarakat belajar, bekerja, berkomunikasi dan mengakses peluang.

“Dengan asas rangkaian nasional kini tersedia, fokus kami adalah untuk terus memperkukuh pengalaman ULTRA5G dan membantu perniagaan, komuniti serta perkhidmatan awam menterjemahkan kesalinghubungan kepada nilai yang bermakna,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

The post U Mobile capai 90 peratus liputan 5G appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved