U Mobile Lancar Pelan Pascabayar Terbaru, Tawar Internet Berkelajuan Tinggi Sehingga 1000GB. Serius lah?

19 Aug 2022 • 4:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, U Mobile telah melancarkan pelan pascabayar sedia 5G dengan U Postpaid 98, U Postpaid 68 dan U Postpaid 38 iaitu rangkaian baharu pelan pascabayar U Mobile yang terunggul.

Pelan baharu U Mobile ini didatangkan dengan data kelajuan tinggi tanpa had sehingga 1000GB melalui pelan U Postpaid 98, perantauan antarabangsa percuma, juga pilihan peranti 5G dengan kemudahan ansuran faedah kosong peratus dengan ‘U PayLater’ dan ‘U SaveMore’.

Pelan U Postpaid 68 pula didatangkan dengan 100GB data berkelajuan tinggi 5G serta data perantauan 15GB.

Data perantauan 15GB percuma ini tersedia di 63 lokasi terpilih antaranya United Kingdom, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Portugal, Turkiye, Thailand dan Singapura.

Bukan itu saja, pelanggan juga boleh berkongsi data kelajuan 1000GB bersama ahli keluarga tersayang sehingga 6 talian melalui U FamilyShare.

Pada harga yang berpatutan dengan tawaran rangkaian 5G bersama 1000GB data berkelajuan tinggi, pelanggan boleh menikmati internet tanpa perlu bayar dengan harga yang lebih hanya dengan U Mobile.

Untuk maklumat lanjut layari u.com.my

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved